Forum 2: Apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kakan-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan ibu bapa.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat
semua.
Perapatan
merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat
seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada
seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal,
iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa
akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan
mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Hubungan emosi yang berbentuk
kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui
interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan,
jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang
itu akan terbentuk.
Perapatan
terbentuk sejak lahir. Interaksi dan perapatan ibu bapa dengan anak memberi
kesan terhadap perkembangan emosi anak-anak itu sendiri. Tingkah laku yang
ditunjukkan oleh ibu bapa menjadi model kepada anak-anak dan membentuk gaya
perapatan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Selain
itu, ada pendapat mengatakan perapatan terbina sejak bayi berada dalam
kandungan ibunya menyebabkan bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan
mengusap perut untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak. Apabila lahir,
pelukan, usapan, belaian dan ciuman ketika menyusukan anak adalah detik
permulaan bagi membina hubungan rapat antara ibu dengan anak. Walau
bagaimanapun, peruntukan masa yang banyak bukanlah penentu kepada perapatan.
Kajian menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak
mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina terutamanya hubungan ayah dengan
anaknya.
Komunikasi
yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu
meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti
bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.
Kesibukan bapa
yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak
menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan
tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan
antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya
dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada
bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat
meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat
melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan
jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai
anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan
putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri
perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka. sekian sahaja untuk kali
ini. Terima kasih.