Friday, October 16, 2015

 Forum 1:Bincangkan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi   kanak-kanak.

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.
 
          Rakan sebaya adalah individu yang rapat dengan kanak-kanak. Pada hari ini saya ingin membawa saudara dan saudari bersama-sama menelusuri tajuk 'peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak'.
           Rakan sebaya memainkan  pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang individu.  Situasi ini adalah selaras dengan satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka (Malecki & Elliott,1999). Apa saja penyebab seseorang pelajar itu berjaya  adalah pengaruh rakan sebaya.
       Rakan sebaya merupakan kumpulan yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak  biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. Untuk kanak-kanak , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan. Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
         Selain itu juga rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah. Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri.
         Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. 
         Sebagai kesimpulannya, rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan kanak-kanak.

10 comments:

  1. Salam sejahtera saudara jeremy. Saya berpuas hati dengan apa yang anda katakan. Namun, selain daripada rakan sebaya, terdapat banyak faktor yang mendorong kepada pembentukan konsep kendiri kanak-kanak. Antaranya ialah peranan ibu bapa, guru-guru dan media massa. Tuntasnya saudara, kanak-kanak perlu mendapatkan kasih sayang yang sejati kerana dengan inilah mereka akan rasa bahagia dan ini sudah tentulah membantu perkembangan konsep kendiri kanak-kanak. Sekian saja dari saya, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera juga saudari Mersheilla sac. Pada kali ini saya ingin mebawa anda bersama-sama mengimbau kenangan zaman kanak-kanak. Saya percaya saudari telah melaluinya bukan. Zaman itu sangat menyeronokkan. Tetapi pengaruh persekitaran terutamanya rakan sebaya memainkan peranan penting untuk menjadikan kita di hari ini. Saya akan memberi entri untuk tatapan saudari berdasarkan idea yang saudari lontarkan.
      Sewaktu dibangku sekolah rendah, cikgu sering mengingatkan kita mengenai “pengaruh rakan sebaya”. Kata cikgu, inilah penyebab seseorang pelajar itu berjaya atau tidak. Mungkin kita tertanya sebab seseorang cikgu mengatakan sekedemikian. Hal ini adalah kerana kawan memainkan pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang individu. Situasi ini adalah selaras dengan satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka (Malecki & Elliott,1999). Apa saja penyebab seseorang pelajar itu berjaya adalah pengaruh rakan sebaya.Namun apabila umur kita semakin meningkat dewasa, kita tidak lagi memikirkan hal ini. Kita hanya berkawan dengan sesiapa yang kita rasa selesa dan seronok untuk berkawan sahaja . Jadi cara kita menerima seseorang itu masuk dalam hidup kita adalah bergantung kepada apa perasaan kita terhadap orang itu.Namun, perasaan seperti ini kekadang boleh memesongkan kita. Kita mungkin tidak suka berkawan dengan orang yang lebih bodoh daripada kita atau lebih lembab daripada kita. Dengan rakan-rakan seperti ini, anda akan merasa diri anda sama dengan mereka. Kenyataan ini selari dengan kajian dijalankan oleh Kennedy (1995), pengalaman belajar bersama-sama pelajar pintar akan menjadikan seseorang itu lebih menerima kehadiran pelajar tesebut. Maksudnya disini, kita lebih selesa bergaul dengan rakan yang pandai berbanding yang kurang pandai. Pepatah Arab juga pernah menyebut iaitu “Jika anda berkawan dengan orang menjual minyak wangi, anda akan berbau wangi, jika anda berkawan dengan tukang besi, anda akan berbau busuk”.

      Delete
  2. Salam sejahtera saudara jeremy. Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling menggembirakan. Pada masa ini, kanak-kanak sangat terdedah dengan faktor persekitaran. Rakan sebaya adalah kawan terdekat dengan kanak-kanak. kanak-kanak mempunyai sifat "friendly" secara semulajadi. Maka, pada masa ini tingkah laku kanak-kanak saling mempengaruhi antara satu sama lain. Tuntasnya, sikap dan tingkah laku kanak-kanak merupakan salah satu faktor yang memengaruhi perkembangan konsep kendiri kanak-kanak. Sekian saja dari saya terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara mexx Poingka. Memang tidak dapat dinafikan kanak-kanak mempunyai sifat 'friendly'. Hari ini saya ingin mengupas satu lagi pengisian untuk tatapan saudara tentang topik yang sedang kita perkatakan.Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah (Che Noraini, 2005). Di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan
      kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan
      potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif
      daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai
      pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Kajian (Abdullah al-Hadi et al. 2001).
      Sungguhpun perbincangan mengenai pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap
      pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka (Azhar 2006).

      Delete
  3. Saya sangat bersetuju dengan apa yang anda tulis di dalam blog anda ini. Pada pandangan saya pula, memang benar rakan sebaya sememangnya memberi impak yang besar dalam proses perkembangan sosioemosi kanak-kanak tambahan pula pada zaman kanak-kanak merupakan suatu zaman dimana mereka berada dalam tempoh bagi mengenal dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Contohnya, kanak-kanak dapat mengembangkan otak mereka dengan bermain dan bersaing secara sihat dengan rakan sebaya. Bermain bersama dengan rakan-rakan adalah salah satu cara mempercepatkan lagi proses perkembangan otak mereka. Selain itu, bermain bersama dengan rakan-rakan sebaya mereka akan lebih cepat memproses apa yang dilihat,didengar,dan dipelajari pada hari itu dengan lebih cepat dan efektif kerana mereka gembira dan rela dalam suasana yang menghiburkan serta riang hati. Ini adalah kerana rakan sebaya lebih memahami jiwa dan kehendak sesama mereka disebabkan mereka berkongsi umur yang sama.Jadi tidak hairanlah jika sel otak kanak-kanak akan lebih cepat berhubung dan memproses sesuatu yang dilakukan seseorang kanak-kanak apabila bersama rakan-rakan. Oleh itu,rakan-rakan sebaya mempunyai satu kuasa dalam mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak serta memproses perkembangan sosioemosi kanak-kanak dan apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang dan memproses sesuatu secara sihat dan terkawal baik, kanak-kanak mendapat peluang belajar untuk mengawal emosi, cara untuk berfikir, dan bertindak positif dalam menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Otak kanak-kanak adalah yang paling segar dan aktif atas faktor umur mereka masih muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sehati sejiwa. Saudari terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana melawati blog saya. Rakan sebaya sememangnya menentukan perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Setiap kanak-kanak akan mengalami perkembangan sosioemosi yang tersendiri. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu proses perkembangan ini. Sekian terima kasih.

      Delete
  4. Salam sehati sejiwa ssaudara Jeremy, izinkan saya mengemukakan pandangan berkaitan dengan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak dalam ruangan bicara ini. Seperti yang anda sudah katakan rakan sebaya merupakan kumpulan yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. Untuk kanak-kanak , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kelompok tersebut. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan. Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

    Saya bersetuju dengan hujah yang anda berikan itu. kesan positif daripada pengaruh rakan sebaya sangat membrangsangkan seseorang individu itu terus berusaha mencapai akademik yang baik.

    sekian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera juga saya ucapkan kepada saudari Raita Sukudat. Pandangan yang menuju ke arah kanak-kanak adalah fenomena masa kini yang mana kanak-kanak berhadapan dengan cabaran semasa. Kanak-kanak kini mempunyai pengaruh lebih besar kerana banyak pengaruh luar dibawa masuk. Oleh itu, masyarakat sekeliling perlulah peka dengan keadaan yang berlaku dan bersama-sama mengamalkan nilai-nilai murni yang boleh dicontohi oleh kanak-kanak. Sekian terima kasih.

      Delete
  5. Assalamualaikum saudara. Sungguh menarik tentang tajuk forum yang dibawa oleh saudara kali ini. Saya bersetuju bahawa rakan sebaya memberi pengaruh sosioemosi kepada kanak-kanak. Rakan sebaya merupakan individu yang penting dalam membentuk tingkahlaku kanak-kanak itu. samada positif atau negatif. Rakan Sebaya boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain dan kadang kala boleh mempengaruhi dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan Sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang lebih memberi kesan positif kepada rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam aktiviti kokurikulum & aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain.

    Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan sebaya
    yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam di kalangan pelajar sejak kanak-kanak lagi mungkin tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya. setakat itu sahaja pendapat saya. Terima Kasih. semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudari Muna. Sebelum menuding jari, ada kebaikannya apabila konteks pengaruh rakan sebaya dinilai dalam pelbagai sudut. Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting dalam proses perkembangan kendiri kanak-kanak. Oleh itu, tanpa rakan sebaya kanak-kanak itu sendiri akan mengalami kerencatan perkembangan sosioemosinya. Sekian , terima kasih.

      Delete