Saturday, October 24, 2015

Forum 2: Apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kakan-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan ibu bapa.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat semua.
          Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk.                                                                             
          Perapatan terbentuk sejak lahir. Interaksi dan perapatan ibu bapa dengan anak memberi kesan terhadap perkembangan emosi anak-anak itu sendiri. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa menjadi model kepada anak-anak dan membentuk gaya perapatan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain.                                                                         
              Selain itu, ada pendapat mengatakan perapatan terbina sejak bayi berada dalam kandungan ibunya menyebabkan bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap perut untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak. Apabila lahir, pelukan, usapan, belaian dan ciuman ketika menyusukan anak adalah detik permulaan bagi membina hubungan rapat antara ibu dengan anak. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang banyak bukanlah penentu kepada perapatan. Kajian menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina terutamanya hubungan ayah dengan anaknya.                                                                                                           
            Komunikasi yang berkesan antara  bapa dan anak adalah penting. Bapa  perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.                                 
               Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka. sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih.

9 comments:

  1. Salam saudara Jeremy. Kali ini saya berpeluang lagi mengikuti forum anda. Saya sangat tertarik dengan tajuk ini. Salah satu kajian yang penting dalam bidang psikplogi perkembangan ialah kesan perapatan ke atas perkembangan sosioemosi individu. Secara umumnya, perapatan adalah ikatan istemewa di antara dua insan ( Santrock,2014) yang biasanya ditemui dalam hubungan diantara anak,ibu bapa atau penjaga atau di antara individu dengan rakan taulan. Pada pendapat saya, apabila berlakunya masalah perapatan antara ibu bapa dan anak, kesan negatif akan berlaku terhadap anak tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa sibuk bekerja untuk menyara keluarga namun terlupa dengan anak yang sangat memerlukan kasih sayang kepada ibu bapa. Jika ini berlaku, anak-anak yang mempunyai naluri ingin tahu bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa pengawasan ibu bapa. Lebih malang lagi jika kanak-kanak itu melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan perkembangan diri seperti merokok. Lambat laun, kanak-kanak akan menjadi liar dan sukar menerima nasihat dan teguran ibu bapa. Oleh itu sebagai ibu bapa, jagalah anak kita seperti menatang minyak yang penuh. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera juga , terima kasih saudari Mersheilla Sac kerana setia bersama saya dalam membincangkan topik sedemikian. Kali ini seperti biasa saya ingin menambahkan lagi entri saya supaya dapat kita lihat pengisian ini mencakupi kepelbagaian aspek yan ada saling kaitannya dengan permasalahan hubungan perapatan antara ibu bapa dan anak. Kajian mengenai perapatan tidak hanya tertumpu pada golongan bayi atau kanak-kanak, tetapi juga kepada golongan remaja dan orang dewasa. Jenis perapatan yang dialami pada peringkat bayi atau kanak-kanak dipercayai dapat membantu pemahaman terhadap perkembangan sosioemosi yang dilalui oleh individu pada peringkat usia yang lebih tinggi, khususnya remaja. Raja, McGee dan Stanton (1992) mendapati bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan di antara perapatan dengan ibu bapa dan kesejahteraan psikologi remaja. Kajian yang melibat 935 orang remaja di Amerika Syarikat ini merumuskan bahawa walaupun tahap perapatan denga ibu bapa yang rendah iaitu dalam kalangan ibu bapayang mempunyai masalah kesihatan, perapatan dengan rakan sebaya tidak berperanan dalam kesejahteraan psikologi remaja. Lanjutan daripada ini, pengkaji pengkaji tempatan mulai menerokai aspek lain dalam kesejahteraan remaja dan mengaitkannya dengan perapatan yang dialami. Rohaty Mohd. Majzub, Noriah Ishak dan Ramlah Jantan (2010), misalnya telah mengkaji pengaruh kualiti pertautan (perapatan) 420 orang pelajar asrama di sekolah berasrama penuh di Malaysia terhadap penyesuaian hidup di sekolah. Hasil kajian ini menunjukkan pertautan dengan ibu bapa lebih memberikan impak terhadap penyesuaian pelajar berbanding dengan pertautan dengan rakan sebaya. Jamal Ismuni, Jas Laile Suzana Jaafar dan Yoo Fei (2012) pula menyoroti hubungan perapatan dengan status identiti remaja. Seramai 200 orang pelajar sekolah yang berusia dalam lingkungan 13 hingga 19 tahun telah menyertai kajian ini. Keputusan menunjukkan bahawa terdapat kecenderungan untuk pelajar-pelajar ini mempersepsikan ibu bapa mereka menekankan aspek afektif dalam perapatan mereka. Selain itu, kajian ini mendapati terdapat hubungan yang positif di antara perapatan ini dengan status identiti tercapai dan status identiti moratorium. Kedua-dua bentuk status identiti ini adalah sesuatu yang positif yang terlahir daripada kualiti perapatan ibu bapa anak yang tinggi. Melihat kepada keistimewaan peranan ibu bapa dalam hal penjagaan dan didikan anak-anak dan sumbangannya kepada kesejahteraan hidup anak-anak telah mendorong kedua-dua penulis untuk melakukan kajian tinjauan ke atas sekumpulan pelajar tahun satu jurusan psikologi di Universiti Malaysia Sabah untuk memahami sumbangan perapatan dengan ibu bapa dan perapatan dengan rakan sebaya ke atas pengalaman beradaptasi di universiti, iaitu kerinduan terhadap kampung halaman dan keseronokan dengan kehidupan di universiti, serta ke atas kepuasan hidup umumnya.Begitu banyak sekali pandakan para ilmuan sehingga prospek kajian ini bencambah dan begitu meluas sekali.Saya berharap perkongsian ini dapat memberikan kita gambaran tentang permasalahan hubungan perapatan antara ibu dan anak-anak. Terima kasih saudari Mersheilla Sac.

      Delete
  2. Asalammualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih atas segala perkongsian informasi dan hujah yang anda berikan di ruangan blog anda ini. Saya ingin menambah sedikit informasi berkaitan dengan hubungan perapatan antara anak dan bapa di sini. Terdapat sebuah kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University, dilaporkan bahawa antara punca anak-anak kecil seawal usia satu tahun mempunyai masalah tingkah laku, contohnya tantrum adalah kerana hilangnya ayah dalam dunia mereka. Malah, dalam banyak kajian lain di peringkat umur yang berbeza-beza, peranan ayah pada usia awal kanak-kanak ( 0-5 tahun) adalah penentu kepada sikap kanak-kanak pada usia remaja. Oleh itu, jika baik peranan ayah terhadap anaknya, maka baiklah perangai anaknya dan begitulah juga akan berlaku jika sebaliknya. Oleh yang demikian, melalui segala informasi ini, kita boleh merumuskan jika hubungan perapatan antara anak dan bapa renggang maka, kesan keburukan akan dapat kita lihat terhadap tingkah laku anak itu nanti. Justeru, sebagai seorang ayah, seharusnya anda tidak mensia-siakan amanah yang sedang membesar di hadapan mata. Bahkan, sebagai seorang bapa anda juga bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak anda mengenai ilmu dunia dan akhirat sana dan janganlah hanya dilepaskan amanah mendidik itu kepada isteri sahaja. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudari Farah Elyana. Hubungan perapatan adalah sangat penting lagi-lagi apabila mempunyai anak yang masih kecil. Ibu bapa seharusnya menjadi ketua keluarga kepada anak-anak dengan tidak mengabaikan tanggungjawab memberi perlindungan,kasih sayang dan makananan. Anak-anak sememangnya memerlukan belaian daripada ibu bapa. Oleh itu, wajarlah jika ibu bapa mengetahui hal ini dan mengambil langkah untuk bersedia menangani masalah ini. Sekian Terima kasih.

      Delete
  3. Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari empat aspek perubahan iaitu jasmani, mental, emosi dan sosial yang dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Antara tokoh-tokoh psikologi yang membuat kajian ke atas perkembangan kanak-kanak ialah Jean Piaget yang terkenal dengan Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak, Teori Perkembangan Sosial Kanak-kanak oleh Diana Baumrind, Arnold Lucius Gesell dengan Teori Kematangan Kanak-kanak.

    Perapatan ini terbentuk sejak dari lahir lagi. Interaksi dan perapatan ibu bapa dengan anak memberi kesan terhadap perkembangan emosi anak-anak itu sendiri. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa menjadi model kepada anak-anak dan membentuk gaya perapatan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain.
    Selain itu, ada pendapat mengatakan perapatan terbina sejak bayi berada dalam kandungan ibunya menyebabkan bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap perut untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak. Apabila lahir, pelukan, usapan, belaian dan ciuman ketika menyusukan anak adalah detik permulaan bagi membina hubungan rapat antara ibu dengan anak. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang banyak bukanlah penentu kepada perapatan. Kajian menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina terutamanya hubungan ayah dengan anaknya. Sekian saja pendapat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Kerana melawat blog saya dan mengutarakan pandangan. Pelbagai cara boleh dipraktikkan untuk mengurangkan masalah perapatan . Ibu bapa tidak sepatutnya melepaskan batok di tangga, sebaliknya meletakkan tanggungjawab yang besar kepada anak-anak dengan menjaga mereka dengan penuh kasih sayang.

      Delete
  4. Salam sejahtera saudara Jeremy. Sebelum saya memberi pendapat berkaitan dengan hubungan perapatan antara ibubapa dan anak, ingin saya kongsikan pengertian keluarga menurut Duvall dan Logan, 1986.
    Mereka mengatakan bahawa keluarga adalah sekumpulan orang dengan ikatan perkawinan, kelahiran, dan adopsi yang bertujuan untuk menciptakan, mempertahankan budaya, dan meningkatkan perkembangan fizikal, mental, emosi, serta sosial dari setiap anggota keluarga. Keluarga berperanan untuk menjaga tingkah laku anak terutamanya menjaga akhlak,bahasa,sosial dan sebagainya. Jika semua itu tidak didedahkan kepada anak-anak sejak mereka kecil, hubungan perapatan tidak akan terjalin. Antara kesan daripada itu, pelbagai masalah akan berlaku samaada berlaku di rumah atau di sekolah mahupun masyarakat. Ketiadaan hubungan perapatan, boleh mendorong kanak-kanak remaja bersosial dengan sesuka hati, mereka akan melepak di pusat-pusat hiburan. Oleh itu,ibubapa harus peka terhadap perkembangan kanak-kanak walaupun sibuk bekerja. Kebiasaan kita dengar, anak yang tiada hubungan perapatan dengan ibubapa seringkali dikaitkan dengan ibubpa yang bekerja. Ibubapa seharusnya mengetahui konsep perapatan dalam sesebuah keluarga seperti yang dikatakan oleh Pipp & Haromon (1987), perapatan merupakan sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan emosi bayi, perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dan penjaganya. Ikatan atau hubungan ini adalah untuk mendekatkan penjaga kepada dirinya bagi memenuhi keperluan-keperluan asas, keselamatan dan kasih sayang. Menurut Erikson (1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting membentuk ikatan (bond) atau perapatan antara bayi dengan penjaga. Dia juga menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan oleh ibu atau penjaga kepada bayi.

    sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudari Raita. Saya bersetuju dengan pandangan anda. Pada pendapat saya, ibu bapa tidak perlu risau dengan hal ini sebaliknya mereka perlu mencari ikhtiar apabila berlakunya klepincangan dalam keluarga. Agama sangat penting dalam hidup kekeluargaan. Oleh hal demikian, ibu bapa adalah yang mencorakkan bagaimana perkembangan keluarga tersebut. Sekian.

      Delete
    2. Terima kasih.Saudari Raita, siapapun pengasuh bayi itu seharusnya memiliki rasa kasih sayang untuk menunjukkan keikhlasan. Kasih sayanglah yang dapat merapatkan hubungan seseorang pengasuh dengan kanak-kanak itu sendiri. Sekian Terima Kasih.

      Delete