Forum 3: “Kecerdasan emosi dan social
adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan.”
Salam
sehati sejiwa buat saudara dan saudari yang sudi melapangkan masa melawati blog
saya. Pada kali ini saya berkesempatan untuk mengongsikan entri saya yang
berbunyi “ kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan
intelek dalam dunia pekerjaan”. Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat
seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan
kesensitifan perasaan yang selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku
tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini
akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal
terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana
ketakutan. Dalam istilah Psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang
yang berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti perasaan
dalaman dan luaran (pergaulan sosial). Ia adalah suatu pergerakan dalam minda
yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran. Minda adalah pasif dan sentiasa menerima
semua yang terlintas untuk mempengaruhinya. Apabila minda tersebut bangkit
untuk menunjukkan apa yang dirasainya, maka itulah yang dimaksudkan sebagai
emosi. Ada kalanya emosi dianggap sebagai suatu alasan yang saling berlawanan.
Sama ada beralasan untuk mengikut kehendak emosi atau tidak membiarkan emosi
menguasai diri. Demikian adalah konteks yang selalu berkaitan mengenai emosi
iaitu tentang penghasilan resolusi untuk mengawalnya. Menurut Keith Jacobs, sosial adalah sesuatu yang dibangun
dan terjadi dalam sebuah situs komunitas. Bagaimanakah kecerdasan emosi dan sosial
dapat mempengaruhi dunia pekerjaan? Mari saya terangkan secara terperinci
mengikut kefahaman saya dalam bidang ini. Dalam
konteks pendidikan di Malayasia, penyelidikan dan kajian tentang kecerdasan
emosi masih kurang dilakukan. Bahkan peranannya dalam pendidikan itu sendiri
belum mendapat tempat yang sewajarnya bagi guru di sekolah. Mungkin guru menganggap
kecerdasan emosi banyak bergantung kepada nilai-nilai dan budaya yang perlu
dipupuk oleh keluarga pelajar sendiri di rumah. Maka ibu bapa adalah penyumbang
besar kepada kecerdasan emosi pelajar. Namun begitu, senario hari ini pelajar lebih
banyak menghabiskan masa mereka di sekolah menjadikan guru juga pemangkin
kepada kecerdasan emosi pelajar. Namun begitu pembelajaran sosial dan emosi
dalam kurikulum di sekolah-sekolah Malaysia dilaksanakan secara tidak langsung
dan ianya tidak dijadikan sebagai satu subjek atau perkara yang khas (Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia 1983). Pada
kebiasaannya, beberapa andaian wujud iaitu kemahiran-kemahiran sedemikian
diperoleh oleh pelajar melalui kurikulum terselindung yang disampaikan oleh
guru-guru secara tidak langsung. Mungkin pada peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah serta penguatkuasaan guru untuk menangani masalah
disiplin. Namun begitu, terdapat beberapa mata pelajaran seperti Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral yang dijadikan subjek utama bagi memenuhi perkembangan
emosi yang berkesan untuk pelajar-pelajar di Malaysia.Tanda-tanda gangguan
emosi boleh dilihat dan ada di antaranya mereka tidak mahu pergi ke sekolah, ponteng
sekolah atau kelas. Penyakit seperti migraine, sakit perut, tegang otot dapat
diperlihatkan. Inilah yang berlaku apabila aspek kecerdasan emosi diabaikan. Ianya
juga boleh mengakibatkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar apabila
kecerdasan emosi gagal dikembangkan seiring dengan perkembangan kecerdasan
kognitif. Guru-guru pula merasakan bahawa lebih baik untuk menumpukan perhatian
kepada aspek kemanusiaan iaitu pengajaran yang baik yang perlu diberikan untuk
pelajar daripada memikirkan perkara yang buruk atau baik tentang seseorang
pelajar. Tingkah laku yang kurang menyenangkan tidak semestinya merupakan
masalah disiplin, sebab ada masalah yang memerlukan bimbingan psikologi. Begitu
juga terdapat gangguan peribadi pelajar yang tidak menyalahi disiplin kelas.Sememangnya
diakui mereka yang memiliki kecerdasan akal yang rendah akan mengalami masalah pembelajaran
yang formal yang sesuai dengan usia mereka. Namun ada yang mempunyai kecerdasan
akal yang tinggi berjaya semasa di alam persekolahan tapi kurang berjaya dalam
alam pekerjaan. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai kecerdasan akal yang
sederhana namun masih berjaya menjawat jawatan penting dalam jabatan. Selama
ini ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu itu memiliki tingkat
kecerdasan intelektual yang tinggi, maka individu itu akan memiliki peluang
untuk meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang lain,
Bagaimanapun, terdapat banyak kes di mana seseorang yang memiliki tingkat kecerdasan
intelektual yang tinggi tersisih daripada orang yang memiliki tingkat
kecerdasan intelektual yang lebih rendah. Ini membuktikan bahawa kecerdasan
intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan meraih kejayaan dalam
hidup.Sebaliknya, kecerdasan emosi didapati dapat mengurangkan jurang penyisihan
ini. Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran.
Menurut Goleman (1996) kecerdasan emosi (EQ) adalah kebolehan seseorang
memahami perasaan sendiri dan menggunakannya untuk membuat keputusan yang
berkesan dalam kehidupan seharian. Dengan mempunyai EQ yang tinggi seseorang
dapat mengawal rasa kecewa, sedih dan perasaan negatif yang lain dengan baik.
Kecerdasan emosi juga membolehkan seseorang mengawal dorongan (impulses) diri.
Sekiranya seseorang menghadapi kesusahan, EQ dapat membantunya agar tetap
bermotivasi dan optimistik serta menaruh harapan yang tinggi.Kecerdasan emosi
juga merupakan empati dan mengetahui bagaimana perasaan orang lain di
sekeliling kita. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran sosial yang
membolehkan seseorang dapat menyesuaikan diri dengan orang lain dan dapat
mengurus perhubungan interpersonal dengan baik serta dapat memujuk dan memimpin
orang lain. Menurut Goleman (1995) EQ adalah kebolehan untuk mengawasi emosi
diri dan emosi pihak lain, dapat membezakan kebaikan, dan dapat menggunakan
maklumat fikiran dan tindakan seseorang.Menurut Goleman (1996) kecerdasan emosi
(EQ) adalah kebolehan seseorang memahami perasaan sendiri dan menggunakannya
untuk membuat keputusan yang berkesan dalam kehidupan seharian. Dengan
mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi seseorang dapat mengawal rasa kecewa,
sedih dan perasaan negatif lain dengan baik. Kecerdasan emosi juga membolehkan
seseorang mengawal dorongan (impulses) diri. Sekiranya seseorang menghadapi
kesusahan, kecerdasan emosi dapat membantunya agar tetap bermotivasi dan
optimistik serta menaruh harapan untuk tetap mencapai matlamat yang telah
ditentukan. Oleh itu, jelaslah bahawa kecerdasan intelektuyal bukanlah suatu
ukuran semata-mata, sebaliknya kecerdasan emosi dan sosial juga adalah sangat
penting. Sekian terima kasih. Jumpa lagi.
Asalammualaikum dan salam sehati sejiwa. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala maklumat yang anda telah huraikan berkaitan tajuk anda ini iaitu ‘’Kecerdasan Emosi dan Sosial adalah lebih penting dalam Dunia Pekerjaan berbanding Kecerdasan Intelektual’’. Bagi pendapat saya, saya amat bersetuju dengan pernyataan ini. Hal ini kerana, saya mendapati bahawa kecerdasan emosi dan kemahiran sosial sangat penting dalam dunia pekerjaan berbanding daripada mempunyai kecerdasan intelektual sahaja. Misalnya, individu yang memiliki kemahiran dalam berinteraksi dengan masyarakat dan mampu mengawal emosi seperti bersikap tenang ketika menghadapi masalah dan sabar akan lebih mudah disenangi oleh rakan sekerja di sekeliling mereka berbanding individu yang hanya pandai dari segi intelektual sahaja. Namun begitu, memang tidak dapat dinafikan bahawa mempunyai kecerdasan intelektual juga penting dalam memastikan kita diterima untuk bekerja dan dipandang tinggi oleh orang ramai. Kecerdasan intelektual atau IQ adalah satu ukuran kecerdasan fikiran yang dinilai berdasarkan kemampuan kognitif yang dimiliki oleh individu tersebut. Banyak pakar telah menyatakan bahawa IQ yang tinggi tidak menjamin seseorang itu untuk berjaya di dalam dunia pekerjaannya berbanding daripada mereka yang mempunyai kecerdasan emosi (EQ) dan kemahiran sosial. Hal ini kerana, IQ hanya membantu seseorang itu untuk menyerap ilmu yang diperlukan dengan mudah dalam dunia pekerjaan, tetapi kecerdasan emosi dan sosial dapat membantu individu untuk mengendalikan stres dan emosi serta menyelesaikan masalah dalam dunia pekerjaan dengan baik. Justeru, saya amat menyokong dengan pernyataan ini bahawa kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting dalam dunia pekerjaan berbanding daripada memiliki kecerdasan intelektual.
ReplyDeleteTerima kasih saya ucapkan kepada saudari Farah Elyana. Memang tidak dinafikan bahawa kecerdasan emosi dan sosial itu lebih penting berbanding kecerdasan intelektual.Namun kecerdasan intelektual juga memberikan petanda kebolehan sesorang dalam penyelesaian masalah. Kebolehan ini adalah relevan dengan kehendak pasaran kerana ilmu pengetahuan yang dimiliki seseorang menentukan keberkesanan persembahan kerja yang ditunjukkan. Sekian Terima Kasih.
DeleteTerima kasih atas maklumat yang diberikan.
ReplyDeletePada pendapat saya, dalam dunia pekerjaan ketiga-tiga kecerdasan itu adalah penting. Kecerdasan emosi,sosial dan intelek saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Hal ini demikian kerana, jika hanya kecerdasan emosi(EQ)dan Sosial sahaja yang diterapkan, kualiti pekerjaan itu tidak menjamin hasil kerja yang memberangsangkan kerana tiada teknik intelek untuk mempelbagaikan kreatifan dan inovasi untuk masa hadapan. Oleh itu, adalah penting jika pekerja mampu mengawal emosi, sosial dan mempertingkatkan lagi pengetahuan intelek mereka untuk kegunaan masa hadapan.
Terima kasih.
Terima Kasih atas respon anda sudari Raita. Sebenarnya, seseorang yang memeiliki ketiga-tiga elemen ini adalah seseorang yang sangat luar biasa. Sebagai ibu bapa, peranan mereka adalah memberi asuhan dan didikan kepada anak-anak agar mereka dapat memumuk kecerdasan emosi ,sosial dan intelektual. sekian terima kasih.
Delete