Thursday, November 5, 2015

FORUM 4:
Pada pandangan anda bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi?  Bincangkan.Salam sejahtera buat pembaca yang budiman. Kali ini saya ingin membincangkan entri saya berkaiatan dengan tajuk ‘bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi?’.
Saudara dan saudari, Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka me­nyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial.Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid.     

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi.Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin.
 Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka.Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emos.Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain.Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian akan menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang.
Dari segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi.Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan. Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang baik. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas. Sekian sahaja perkongsian saya. Jumpa lagi.
 


6 comments:

  1. Salam sejahtera saudara Jeremy.

    Ya, seperti yang kita sedia maklum, bukan orang dewasa sahaja yang mengalami stres. Kanak-kanak juga mengalami stres cuma tidak sama dengan orang dewasa.
    Pada pendapat saya, kanak-kanak dikatakan stres apabila dia gagal membuat kerja sekolah dengan baik. Bukan itu sahaja, mereka juga akan stres apabila kemahuan tidak digapai. Kanak-kanak yang stres biasanya kanak-kanak yang berasal dari keluarga yang mementingkan kecemerlangan.Apabila keluarga atau ibubapa meletakkan harapan yang tinggi terhadapnya, dia akan merasa sangat tidak selesa dan akan menjadi murung, kerap menangis dan sangat aktif sehingga tidak dapat dikawal. Seperti yang dikataka oleh Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir beliau mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ertinya disini, persekitaran negatif juga boleh mendorong kanak-kanak kearah stres. Seterusnya, kanak-kanak yang terlalu rapat dengan ibu atau bapa juga akan mengalami stres apabila mereka ditinggalkan beberapa bulan atau tahun. Biasanya kes ini berlaku kepada ibubapa atau keluarga yang bekerja lebih masa. Anak mereka akan sentiasa mencari, melafazkan rindu atau seumpamanya. Kesan daripada itu, mereka akan kencing di waktu malam dengan kerap dan menangis.

    Sekian saja dari saya.

    ReplyDelete
  2. terima kasih saudari Raita Sukudat. saya ingin menambahkan lagi serba sedikit tentang tajuk ini. pada pandangan saya, kemurungan ini boleh diatasi sebenarnya. caranya mudah sahaja iaitu melalui aktiviti kekeluargaan. ramai kanak-kanak berasa tidak disayangi kerana ibu bapa hanya tahu menghabiskan masa dengan bekerja. Oleh itu, ibu bapa seharusnya memberi waktu kepada anak-anak untuk memberikan peluang kepada mereka mendapat kasih sayang. sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum saudara. Tajuk forum yang menarik. Pada pendapat saya tentang stress yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak boleh berlaku atas sebab masalah yang berlaku dengan keluarga atau ibubapanya sendiri. Kebiasaannya, kanak-kanak yang mengalami stress tidak mampu menunjukkan ekspresi seperti yang ditunjukkan oleh orang dewasa. Boleh dijadikan contoh, baru-baru ini yang berlaku dalam negara kita sendiri, iaitu kes pelajar orang asli yang lari dari asrama disebabkan dimarahi oleh gurunya. Melalui itu, kanak-kanak itu menunjukkan tekanannya sehingga menyebabkan kehilangan nyawa apabila pelajar itu ditemui sudah terkulai tidak sedarkan diri. Oleh sebab itu, sebagai ibubapa, guru atau orang yang terdekat dengan kanak-kanak perlu melihat bahawa tekanan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak ini perlu dipandang serius dan perlu diambil berat. Daripada contoh-contoh yang diberikan ini dapat dilihat bahawa tekanan emosi bolehberlaku kepada kanak-kanak di semua peringkat umur. Tanda-tanda yang ditunjukkan olehkanak-kanak berbeza-beza mengikut usia masing-masing. Seseorang kanak-kanak yangmengalami tekanan emosi mungkin kurang selera makan, loya tekak dan muntah-muntah,sakit perut, sakit kepala, pucat dan tidak aktif. Ada juga yang menjadi tidak bermaya, lelah,sukar tidur malam, kencing malam, mengigit-gigit kuku, menarik-narik rambut dansebagainya. Kanak-kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurusakibat kurang selera makan. Doktor yang merawat kanak-kanak yang mempamerkantanda-tanda seperti yang disebutkan tadi akan melakukan pemeriksaan yang teliti supayasekiranya wujud sebarang penyakit akan dapat dirawat dengan segera. Sekiranya doktoryakin tidak terdapat sebarang penyakit yang berbahaya, keadaan psikososial kanak-kanak akan dinilai secara terperinci. Kemungkinan untuk dia menghidapi tekanan emosi. Terima kasih. semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Terima kaih kerana melawati blog saya. Stress adalah semulajadi yang berpunca daripada kesan perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Pelbagai punca fenomena ini berlaku namun di sebalik kekangan ini, pelbagai strategi boleh dirangka. Oleh itu, wajarlah kita dalam kelompok masyarakat itu sendiri mengembleng tenaga menanganinya. Sekian Sahaja pernyataan pendapat saya untuk kali ini. Diharapkan saudari dapat memahami dan mendalaminya.

      Delete
  4. Assalamualaikum saudara Jeremy. Sungguh bernas idea yang saudara lontarkan. Pada pendapat saya, kanak-kanak prasekolah dan kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia emosi mereka masih stabil tidak teruk seperti negara luar. Biasanya, kanak-kanak prasekolah akan stres apabila ibu bapa menghantar ke sekolah kerana mereka takut untuk pergi ke sekolah . Hal ini demikian kerana, kanak-kanak dalam lingkungn umur ini, mereka perlukan hubungan yang rapat,mereka mahukan masa lebih untuk bersama-sama dengan keluarga. Kanak-kanak sekolah rendah pula, mereka dikatakan stres apabila ibubapa meletakkan harapan yang tinggi dalam pelajaran mereka. Mereka terpaksa belajar lebih masa untuk mencapai keinginan ibu bapa mereka. Mereka seharusnya diberi peluang untuk meluangkan masa bermain dengan rakan-rakan yang lain. Dalam hal ini, apa yang saudara katakan itu adalah sangat munasabah dan boleh diterima pakai kerana ketika kanak-kanak seusia prasekolah telahpun mengalami kemurungan. Ini kerana mereka terlalu terikat dengan kehendak ibu bapa mereka

    ReplyDelete
  5. Terima kasih saudari Syifa. Andaian yang diberikan oleh masyarakat sangata memberangsangkan. Pelbagai aspek telah dikaji dalam konteks ini. Sebagai strategi yang ampuh, kerajaan dilihat telah berusaha melaksanakan kerangaka pembanguna pendidikan. Pelan pendidikan nasional menjadi penanda aras dalam memastikan masyarakat mempu mendapatkan ilmu pengetahuan. Pendidikan adalah sepanjang hayat. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete