Thursday, November 5, 2015

FORUM 4:
Pada pandangan anda bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi?  Bincangkan.Salam sejahtera buat pembaca yang budiman. Kali ini saya ingin membincangkan entri saya berkaiatan dengan tajuk ‘bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi?’.
Saudara dan saudari, Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka me­nyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial.Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid.     

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi.Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin.
 Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka.Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emos.Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain.Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian akan menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang.
Dari segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi.Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan. Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang baik. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas. Sekian sahaja perkongsian saya. Jumpa lagi.
 


Sunday, November 1, 2015

Forum 3: “Kecerdasan emosi dan social adalah lebih penting daripada kecerdasan                        intelek dalam dunia pekerjaan.”

Salam sehati sejiwa buat saudara dan saudari yang sudi melapangkan masa melawati blog saya. Pada kali ini saya berkesempatan untuk mengongsikan entri saya yang berbunyi “ kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan”. Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan kesensitifan perasaan yang selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan. Dalam istilah Psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial). Ia adalah suatu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran. Minda adalah pasif dan sentiasa menerima semua yang terlintas untuk mempengaruhinya. Apabila minda tersebut bangkit untuk menunjukkan apa yang dirasainya, maka itulah yang dimaksudkan sebagai emosi. Ada kalanya emosi dianggap sebagai suatu alasan yang saling berlawanan. Sama ada beralasan untuk mengikut kehendak emosi atau tidak membiarkan emosi menguasai diri. Demikian adalah konteks yang selalu berkaitan mengenai emosi iaitu tentang penghasilan resolusi untuk mengawalnya. Menurut Keith Jacobs, sosial adalah sesuatu yang dibangun dan terjadi dalam sebuah situs komunitas. Bagaimanakah kecerdasan emosi dan sosial dapat mempengaruhi dunia pekerjaan? Mari saya terangkan secara terperinci mengikut kefahaman saya dalam bidang ini. Dalam konteks pendidikan di Malayasia, penyelidikan dan kajian tentang kecerdasan emosi masih kurang dilakukan. Bahkan peranannya dalam pendidikan itu sendiri belum mendapat tempat yang sewajarnya bagi guru di sekolah. Mungkin guru menganggap kecerdasan emosi banyak bergantung kepada nilai-nilai dan budaya yang perlu dipupuk oleh keluarga pelajar sendiri di rumah. Maka ibu bapa adalah penyumbang besar kepada kecerdasan emosi pelajar. Namun begitu, senario hari ini pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah menjadikan guru juga pemangkin kepada kecerdasan emosi pelajar. Namun begitu pembelajaran sosial dan emosi dalam kurikulum di sekolah-sekolah Malaysia dilaksanakan secara tidak langsung dan ianya tidak dijadikan sebagai satu subjek atau perkara yang khas (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia 1983). Pada kebiasaannya, beberapa andaian wujud iaitu kemahiran-kemahiran sedemikian diperoleh oleh pelajar melalui kurikulum terselindung yang disampaikan oleh guru-guru secara tidak langsung. Mungkin pada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah serta penguatkuasaan guru untuk menangani masalah disiplin. Namun begitu, terdapat beberapa mata pelajaran seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang dijadikan subjek utama bagi memenuhi perkembangan emosi yang berkesan untuk pelajar-pelajar di Malaysia.Tanda-tanda gangguan emosi boleh dilihat dan ada di antaranya mereka tidak mahu pergi ke sekolah, ponteng sekolah atau kelas. Penyakit seperti migraine, sakit perut, tegang otot dapat diperlihatkan. Inilah yang berlaku apabila aspek kecerdasan emosi diabaikan. Ianya juga boleh mengakibatkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar apabila kecerdasan emosi gagal dikembangkan seiring dengan perkembangan kecerdasan kognitif. Guru-guru pula merasakan bahawa lebih baik untuk menumpukan perhatian kepada aspek kemanusiaan iaitu pengajaran yang baik yang perlu diberikan untuk pelajar daripada memikirkan perkara yang buruk atau baik tentang seseorang pelajar. Tingkah laku yang kurang menyenangkan tidak semestinya merupakan masalah disiplin, sebab ada masalah yang memerlukan bimbingan psikologi. Begitu juga terdapat gangguan peribadi pelajar yang tidak menyalahi disiplin kelas.Sememangnya diakui mereka yang memiliki kecerdasan akal yang rendah akan mengalami masalah pembelajaran yang formal yang sesuai dengan usia mereka. Namun ada yang mempunyai kecerdasan akal yang tinggi berjaya semasa di alam persekolahan tapi kurang berjaya dalam alam pekerjaan. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai kecerdasan akal yang sederhana namun masih berjaya menjawat jawatan penting dalam jabatan. Selama ini ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu itu memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi, maka individu itu akan memiliki peluang untuk meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang lain, Bagaimanapun, terdapat banyak kes di mana seseorang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi tersisih daripada orang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang lebih rendah. Ini membuktikan bahawa kecerdasan intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan meraih kejayaan dalam hidup.Sebaliknya, kecerdasan emosi didapati dapat mengurangkan jurang penyisihan ini. Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Menurut Goleman (1996) kecerdasan emosi (EQ) adalah kebolehan seseorang memahami perasaan sendiri dan menggunakannya untuk membuat keputusan yang berkesan dalam kehidupan seharian. Dengan mempunyai EQ yang tinggi seseorang dapat mengawal rasa kecewa, sedih dan perasaan negatif yang lain dengan baik. Kecerdasan emosi juga membolehkan seseorang mengawal dorongan (impulses) diri. Sekiranya seseorang menghadapi kesusahan, EQ dapat membantunya agar tetap bermotivasi dan optimistik serta menaruh harapan yang tinggi.Kecerdasan emosi juga merupakan empati dan mengetahui bagaimana perasaan orang lain di sekeliling kita. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran sosial yang membolehkan seseorang dapat menyesuaikan diri dengan orang lain dan dapat mengurus perhubungan interpersonal dengan baik serta dapat memujuk dan memimpin orang lain. Menurut Goleman (1995) EQ adalah kebolehan untuk mengawasi emosi diri dan emosi pihak lain, dapat membezakan kebaikan, dan dapat menggunakan maklumat fikiran dan tindakan seseorang.Menurut Goleman (1996) kecerdasan emosi (EQ) adalah kebolehan seseorang memahami perasaan sendiri dan menggunakannya untuk membuat keputusan yang berkesan dalam kehidupan seharian. Dengan mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi seseorang dapat mengawal rasa kecewa, sedih dan perasaan negatif lain dengan baik. Kecerdasan emosi juga membolehkan seseorang mengawal dorongan (impulses) diri. Sekiranya seseorang menghadapi kesusahan, kecerdasan emosi dapat membantunya agar tetap bermotivasi dan optimistik serta menaruh harapan untuk tetap mencapai matlamat yang telah ditentukan. Oleh itu, jelaslah bahawa kecerdasan intelektuyal bukanlah suatu ukuran semata-mata, sebaliknya kecerdasan emosi dan sosial juga adalah sangat penting. Sekian terima kasih. Jumpa lagi.