FORUM 4:
Pada
pandangan anda bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan
sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Bincangkan.Salam sejahtera buat pembaca yang
budiman. Kali ini saya ingin membincangkan entri saya berkaiatan dengan tajuk ‘bagaimanakah
keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia.
Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi?’.
Saudara
dan saudari, Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang
menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan
pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang
tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui
pertuturan atau perlakuan tertentu. Seterusnya gangguan emosi juga dapat
ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai
emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah
antisosial.Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh
faktor-faktor intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan
emosi. Secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang
diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil.
Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang
murid. Gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia
persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini
menyebabkan stress kepada murid-murid.
Mengikut
Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi
dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam
kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh
keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi.Gangguan
emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak
kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah
kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk
melakukan kesalahan disiplin.
Ini selaras dengan pendapat yang diberikan
oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti
Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani
Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud
kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid
mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak
kondusif dan mengganggu emosi mereka.Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah
yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi
tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan ini
menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu murid yang
ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emos.Selain itu,
peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan
emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan
penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat
positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang.
Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan,
kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan
lain-lain.Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan,
mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam
kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah
emosi seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian akan menyebabkan emosi murid
tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan
tingkah laku seseorang.
Dari
segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu
arah, resah dan lain-lain lagi.Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar,
bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai,
terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan gangguan emosi dan
penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca
keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan
bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi
kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan
sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu
bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian
kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu
bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan
ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Pada
peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding
dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh
rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan
kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu
bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan
rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Mereka juga
akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan
memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan. Murid yang diterima
oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati, boleh berjenaka,
mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang baik. Murid yang
tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang
bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin
pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid
sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid
yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci,
muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini
menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam
menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas. Sekian sahaja perkongsian saya.
Jumpa lagi.